Pengertian Mani, Mazi Dan Wadi
Al-Mazi ialah air yang berwarna keputihan, jernih dan berlendir. Ia keluar disebabkan hasil permainan (alat sulit atau sentuhan lelaki dan wanita), ciuman, atau rangsangan seksual. Ia tidak memancut dan tidak menyebabkan keletihan. Kadangkala ia keluar tanpa disedari dan berlaku pada lelaki dan wanita.
Mazi adalah najis menurut kesepakatan ahli hadis (Albani, Tamamul Minnah). Dalil: HR Bukhari-Muslim dari Ali bin Abi Talib ra. Maka jika mazi ini najis dan thabit kenajisannya melalui hadis sahih, maka anda boleh membuat hukum yg wajar utk oral seks. Lelaki dan wanita mengeluarkan cecair madzi semasa ghairah dan madzi itu najis dan jika cecair najis ini masuk dalam mulut, maka sudah tentu syara’ memandang serius masalah najis yg diambil secara sengaja.
Al-Mani ialah air pancutan yang keluar selepas mencapai tahap klimaks. Ia berlaku sama ada pada lelaki mahupun wanita.
Al-Wadi ialah air berwarna pekat, kekeruhan, tidak berbau dan keluar sejurus selepas kencing. Jika sentiasa keluar, kebiasaan ia berlaku ketika membawa (mengangkat) sesuatu yang berat.
Cara Menyucikan Air Mazi
Sahi bin Hunaif r.a berkata: Aku selalu menghadapi masalah terlalu banyak keluar mazi. Aku dapat rasakan bahawa akulah orang yang paling banyak mandi junub. Lalu, aku ceritakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: Sebenarnya, memadai hanya engkau berwudhu’. Aku bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana pula jika terkena pakaianku? Jawab baginda: Memadai engkau mengambil seceduk air lalu renjiskan pada pakaianmu di mana saja kamu lihat ada kesan mazi. (Hadis riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Tirmizi. Al-Tirmizi mengklasifikasikan hadis ini sebagai hadis hasan sahih)
Au bin Abu Talib r.a berkata: Aku adalah seorang lelaki yang paling banyak keluar mazi. Tetapi, aku malu untuk bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Lalu, aku minta al-Miqdad bin al-Aswad agar menanyakannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: Berwudhu’lah (setiap kali ingin mendirikan solat).” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)
Dalam riwayat Muslim menyebut: Dia hendaklah membasuh kemaluannya dan berwudhu’.
Dalam riwayat Ahmad dan Abu Daud dinyatakan: Dia hendaklah membasuh kemaluan, kedua-dua biji zakar dan berwudhu’.
Cara Menyucikan Air Mani
Aisyah r.a berkata: Aku mengikis kesan air mani pada pakaian Nabi s.a.w yang telah kering. Kemudian, baginda memakainya untuk solat.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaai dan Ibn Majah)
Dalam riwayat lain: Aku rnembasuh kesan air mani pada pakaian Nabi s.a.w. Kemudian, baginda memakainya untuk solat. Sedangkan, masih basah kesan tompokan air basuhan itu pada bajunya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ulama berbeza pendapat sama ada air mani perlu dibasuh atau sekadar mengikisnya. Yang terbaik, perlu dibasuh jika ia masih basah. Jika sudah kering, cukup hanya dengan mengikisnya kerana tsabit perbuatan Aisyah r.a (isteri Nabi s.a.w). Jika seseorang terlupa membasuhnya ketika masih basah, solatnya tetap sah.
Aisyah r.a berkata: Aku mengikis kesan air mani Nabi s.a.w yang telah kering dan membasuhnya jika masih basah.” (Hadis riwayat al-Daruqutni)
Wanita juga Bermimpi dan Keluar Air Mani
Menurut Ummu Salamah r.a, Ummu Sulaim r.a pernah hertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhrya AllaH tidak pernah malu kepada orang yang bertanya sesuatu kebenaran. Oleh itu, aku ingin bertanya: Adakah seorang wanita perlu mandi junub apabila dia bermimpi basah? Jawab baginda: Ya, jika dia ternampak kesan air mani. Ummu Sulaim bertanya lagi: Adakah wanita juga bermimpi? Jawab baginda: Mengapa tidak. Kalau tidak, mana mungkin seorang anak boleh menyerupainya (rupa paras ibunya). (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Cara Menyucikan Air Wadi dan Darah Istihadah
Seseorang yang menghadapi masalah lelehan al-Wadi atau air kencing yang keluar kerana tidak lawas (penyakit dedas) hanya perlu menyucikannya seperti cara wanita yang mengalami penyakit istihadah (darah penyakit).
Apabila ingin mendirikan solat, dia perlu membersihkan kemaluan, memakai sesuatu yang boleh menghalang air kencingnya daripada menitik serta berwuduk setiap kali ingin solat.
Perlu diingatkan, antara azab yang bakal menimpa di alam barzakh ialah seseorang yang memandang ringan masalah ini. Setiap air kencing, kita perlu pastikan agar al-Wadi tidak meleleh dan terkena pada pakaian.
Aisyah r.a berkata: Fatimah binti Hubaisy telah mengalami istihadah (darah mengalir melebihi tempoh haid). Lalu, aku bertanya Nabi s.a.w mengenainya.
Baginda bersabda: Sebenarrya, lelehan itu adalah darah penyakit bukannya darah haid. Oleh itu, tinggalkan solat apabila kamu didatangi haid. Apabila tempoh haid telah tamat, mandilah dan solatlah seperti biasa. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
[Di-ambil daripada Wudhu' & Solat Menurut Mazhab Syafi'e, oleh Abu Ruwais al-Syubrawi]
as'kum ust...jazakallahu khairon atas artikel mazi tu..satu pmbahasan yg ilmiah yg disampaikan oleh asy-syaikh Abu Ruwais al-Syubrawi. cuma saja terdapat beberapa hadis di dalamnya tidak dinyatakan derajatnya sama ada sahih, hasan, dhaif dbg..sebagaimana yg telah diketahui oleh ahlul ilmi bahawa HR Bukhari & HR Muslim adalah sahih, tak perlu nak dinyatakan derajatnya. akan tetapi, hadis yg diriwayatkan oleh selain mereka, perlulah dinyatakan derajatnya kerana kita telah maklum bahawa penyebaran hadis palsu sangat banyak. mungkin penulis tidak menyatakan derajatnya..justeru, adalah lebih baik dan dalam usaha mengikuti jejak langkah para ulama silam, kita sebagai yang menukil tulisan tersebut perlu berusaha memastikan ia benar2 sahih dgn cara (cadangan) merujuk kepada kitab2 yang memuatkan hadis tersebut dan telah ditakhrij dan ditetapkan derajat hadis2 tersebut..wallahu'alam
abu faisal - unit kimia kmns