Maklumat Am Unit Pendidikan Islam dan Moral atau ringkasannya UPIM merupakan satu daripada unit subjek wajib yang terdapat dalam struktur akademik Kolej ini. Unit ini berada di bawah Jabatan Sastera Ikhtisas bersama beberapa subjek yang lain. Ia telah diujudkan sejak kolej ini mula beroperasi di awal tahun 2000. Dengan adanya subjek ini, ia dapat memenuhi keperluan pelajar dari segi akademik dan kerohanian.


Diharapkan juga dapat membantu pihak kolej mencapai visi yang digariskan terutamanya daripada aspek nilai. Matapelajaran Pendidikan Islam bermatlamat untuk melahirkan pelajar muslim yang beriman, beramal soleh, berperibadi mulia dan mempunyai persediaan untuk menyelesaikan masalah semasa.


Pendidikan moral bermatlamatkan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia dan boleh membuat keputusan yang bertanggungjawab berdasarkan nilai-nilai murni masyarakat menuju ke arah keharmonian negara dan komuniti global.



Objektif Pendidikan Islam


1.Menyampaikan pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar mengenai beberapa aspek daripada falsafah ilmu Islam, sebahagian daripada aspek aqidah, aspek syari’ah, aspek akhlak, aspek tamadun Islam isu-isu semasa.

2.Meningkatkan kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap nilai-nilai mulia dan dengan itu dapat pula mengurangkan atau mengatasi masalah akhlaq dan disiplin pelajar.

3.Memperolehi pencapaian 100% kelulusan mata pelajaran pendidikan Islam dalam setiap semester.



Objektif Pendidikan Moral

1.Memahami konsep dan kepentingan nilai dalam manusia.

2.Menyedari peranan agama dalam membentuk dan mengembangkan sistem nilai hidup yang murni.

3.Memahami konsep akhlak dan proses membentuk akhlak yang baik.

4.Memberi sebab yang munasabah berdasarkan pertimbangan moral dalam membuat sesuatu keputusan.

5.Menggunakan pertimbangan yang berlandaskan prinsip-prinsip moral sebagai panduan kehidupan seharian.

Dicatat oleh abiumar Rabu, 2020 Oktober 07 0 ulasan

Upim KMNS adalah singkatan dari Unit Pendidikan Islam dan Moral Kolej Matrikulasi Kuala Pilah. Ia merupakan salah satu di antara beberapa unit akademik yang terdapat di KMNS ini. UPIM terdiri dari seorang Ketua Unit dan 7 orang ahli. Tidaklah begitu ramai tapi cukuplah untuk membina satu team bola tampar. Untuk makluman Unit Pendidikan Islam terletak di bawah Jabatan Sastera Ikhtisas.

Berikut adalah senarai ahli kami :





Anda boleh berhubung dengan mereka... Terima kasih

Dicatat oleh abiumar Isnin, 2020 September 07 0 ulasan

Ramai yang bertanya tentang hukum onani (melancap), berikut ini, diterjemahkan secara lengkap fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenai hukum onani dari bukunya al-Halal Wal Haram Fil Islam, hal. 161.

Hukum onani
Adakalanya darah seorang pemuda itu bergelora, lalu dia menggunakan tangannya mengeluarkan mani untuk meredakan ketegangan dan menenangkan gelora syahwatnya. Cara begini dikenali sebagai `al-`adah al-sirriyah’ (onani/istimna’).

Onani diharamkan oleh kebanyakan ulamak. Imam Malik menggunakan dalil dari firman Allah Taala:
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluan mereka kecuali terhadap isterinya tau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa berkehendak selain dari yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu’minun: 5- 7). Kerana orang yang beronani adalah melepaskan syahwat bukan pada tempatnya.

Manakala Imam Ahmad bin Hanbal pula berpendapat, bahawa mani adalah satu benda lebihan dari tubuh badan. Oleh itu ia boleh dikeluarkan seperti memotong daging lebih. Pendapat ini disokong dan diperkuatkan oleh Ibnu Hazmin. Fuqahak Hanbali mensyaratkan pengharusan onani dengan dua perkara:
1 . Khuatir akan melakukan zina
2 . Tidak mampu berkahwin

Kita dapat mengambil pendapat imam Ahmad ini dalam keadaan gelora syahwat memuncak dan dikhuatiri akan jatuh ke dalam perkara yang haram. Contohnya, seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di luar yang jauh dari negaranya, di mana di sekelilingnya terdapat pengaruh-pengaruh yang terlalu kuat dan dia takut akan melakukan zina. Oleh itu dia tidak berdosa menggunakan cara onani untuk memadamkan dan meredakan gelora syahwatnya dan supaya tidak menjadi melampaui batas dan gelora syahwatnya menjadi ulat.

Namun apa yang terbaik ialah apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu hendaklah dia memperbanyakkan puasa, di mana puasa itu dapat mendidik keinginan, mengajar kesabaran dan menguatkan taqwa serta muraqabah kepada Allah Taala di dalam diri seorang muslim. Sabdanya:
"Wahai sekelian pemuda! Barangsiapa di antara kamu mempunyai kemampuan, maka berkahwinlah, keran ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa yang tidak berkemampuan, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu baginya merupakan pelindung." (HR Bukari)

** Intaha al-Qardhawi***

Demikian fatwa al-Qardhawi.
------------------------------------------------
Masalah: Bagaimana jika mereka yang beronani itu adalah perempuan?
Jawab: Hukumnya sama seperti lelaki.

Masalah: Apa yang perlu saya lakukan. Saya masih belajar lagi. Ibubapa saya tidak membenarkan saya berkahwin. Nafsu saya pula bergelora kerana cabaran hidup masa kini terlalu hebat sekali. Apakah perlu saya berhenti dari pengajian?
Jawab: Boleh mengikut pendapat imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Hazmin, sebagaimana disebutkan di dalam fatwa al-Qardhawi di atas. Dibenarkan dengan tujuan dan keadaan yang mendesak seperti di atas. Dan jika ada kemampuan untuk berkahwin sebagaimana sebahagian dari para pelajar kita, berkahwin adalah cara yang terbaik sekali.

Dicatat oleh Rosli al-Looneeqy Ahad, 2009 November 08 0 ulasan


KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun untuk muncul juara bola sepak Piala Malaysia selepas jaringan Shahurain Abu Samah, Hairuddin Omar dan Zaquan Adha Abdul Radzak membolehkannya menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Ia adalah kejuaraan untuk Negeri Sembilan selepas kali pertama memenanginya pada 1948 ketika kejohanan masih dikenali sebagai Piala HMS Malaya.

Keputusan itu sekali gus memanjangkan penantian Kelantan yang belum berjaya muncul juara biarpun selepas kemunculan semula di pentas perlawanan akhir buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun.


Malah ia juga adalah kehampaan kedua di final buat skuad negeri Cik Siti Wan Kembang itu selepas tewas pada aksi kemuncak Piala FA kepada Selangor, April lalu.

Di sebalik segala fokus kepada Kelantan menjelang perlawanan akhir itu, Negeri Sembilan memulakan perlawanan dengan lebih meyakinkan dan sudahpun menembusi pintu gol lawan seawal minit ke-18 menerusi rembatan deras Shahurain, menewaskan penjaga gol, Halim Napi.

Dua puluh saat selepas separuh masa kedua bermula, Negeri Sembilan menggandakan kelebihan apabila Hairuddin melepasi perangkap ofsaid Kelantan untuk menanduk cantik umpanan tinggi Zaquan tepat ke sasaran.

Negeri Sembilan kemudian memperoleh sepakan penalti pada minit ke-58 selepas pertahanan Kelantan, Mohd Zamri Ramli, menjatuhkan Zaquan. Penyerang itu kemudiannya mudah merembat ke sebelah kiri gol untuk memperdaya Halim.

Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol sagu hati Kelantan apabila merembat cantik bola sepakan percuma pada minit-minit terakhir permainan.

Tonggak utama pertahanan Negeri Sembilan, Shukor Adan, melengkapkan malam gemilang pasukannya apabila dipilih sebagai penerima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Hadiah kepada pasukan juara disampaikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Dicatat oleh Rosli al-Looneeqy Sabtu, 2009 November 07 0 ulasan

Bengkel di atas telah berjaya dijalankan pada 28 - 29 Oktober 2009 (Rabu - Jumaat) baru-baru ini di Bilik Mesyuarat Kecil, KMNS.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh En. Ismail Bin Baharin, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas, KMNS sendiri pada hari rabu 28/10/2009 jam 10:00 pagi.

Kehadiran semua ahli UPIM termasuk KU yang dihormati Pn Usth Zakiah Bt Hj Zuber, kecuali Pn Usth Zuraidah Bt Hj Hamidun (menghadiri Kursus PTK DG48), Ust. Najimudin bin Salim dan Ust Mohamad Hazrin Bin Mazly ( kedua-duanya menghadiri Kursus Portal anjuran Unit Sains Informatif, KMNS)

Taklimat berkaitan JPU / JSU telah disampaikan oleh Pn. Usth Cik Jamaliah Nor bt Hj Mohd. Dalil sendiri dengan begitu cemerlang sekali, kemudian beberapa slot bengkel telah dijalankan untuk membina dan memurnikan soalan PI dan PM..


Dicatat oleh Rosli al-Looneeqy Ahad, 2009 November 01 1 ulasan

Salam sahabat blog...

Alhamdulillah kami warga UPIM KMNS telah berjaya mewujudkan satu papan forum untuk menjadikan UPIM lebih interaktif dengan kesemua warga kolej khususnya samada staf KMNS mahupun pelajar KMNS.

Kami dengan berbesar hari menjemput semua sahabat untuk memeriahkan lagi papan Forum kami ini. Para sahabat boleh ke papan forum dengan klik di :




Sebaiknya para sahabat register sebagai ahli forum @ Forumer... Ini kerana melalui reggister sahabat dapat memberikan komen pada sesuatu tajuk. Tanpa register sahabat hanya dapat membaca sahaja...

Kami warga UPIM juga amat mengalu2kan sumbangan ideal juga perkongsian ilmu dari mereka yang lebih arif.

Sekian. Terima kasih.
Wassalam

Dicatat oleh abiumar Jumaat, 2009 Oktober 30 0 ulasan

Allah SWT berifman yang artinya, "Jika kamu membaca Alquran, maka hendaklah kamu minta perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk. sesungguhnya setan itu tidak ada kekuasaan atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Rabbnya. Sesungguhnya kekuasaannya (setan) itu hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah." (An-Nahl: 98 -- 100).

Yang masyhur menurut jumhurul ulama bahwa isti'adzah dilakukan sebelum membaca Alquran guna mengusir godaan setan. Menurut mereka, ayat yang berbunyi, (yang artinya) "Jika kamu hendak membaca Alquran, maka hendaklah kamu minta perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk," artinya jika kamu hendak membaca. Sebagaimana firman-Nya, (yang artinya) "Jika kamu hendak mendirikan salat, maka basuhlah wajah dari kedua tangnmu." (Al-Maidah: 6), artinya jika kalian bermaksud mendirikan salat.

Penafsiran seperti itu didasarkan pada beberapa hadis dari Rasulullah saw. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Sa'id al-Khudri, katanya, jika Rasulullah saw hendak mendirikan salat malam, maka beliau membuka salatnya dan bertakbir seraya mengucapkan, "Subhaanaka Allaahumma wabihamdika wa tabaa raka....................." (Maha Suci Engkau, ya Allah, dan puji bagi-Mu. Maha Agung nama-Mu dan Maha Tinggi kemuliaan-Mu. Tidak ada ilah yang haq melainkan Engkau). Kemudian beliau mengucapkan, "Laa ilaha illallaah" (tidak ada ilah yang haq kecuali Allah) sebanyak tiga kali. Setelah itu beliau mengucapkan, "Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari setan yang terkutuk, dari godaan, tipuan, dan hembusannya."

Hadis ini diriwayatkan juga oleh empat penyusun kitab as-Sunan dari riwayat Ja'far bin Sulaiman, dari Ali bin Ali ar-Rifa'i, at-Tirmizi mengatakan baha hadis ini merupakan yang paling masyhur dalam masalah ini. Dan, kata al-hamz ditafsirkan sebagai cekikan (sampai mati), an-nafkh sebagai kesombongan, dan an-nafts sebagai syair.

Al-Bukhari meriwayatkan dari Sulaiman bin Shurad ra katanya, "Ada dua orang yang saling mencela di hadapan Rasulullah saw, sedang kami duduk di hadapan beliau. Salah seorang dari keduanya mencela lainnya dalam keadaan marah dengan wajah yang merah padam. Maka Rasulullah saw bersabda, 'Sesungguhnya aku akan mengajarkan suatu kalimat yang jika ia mengucapkannya, niscaya akan hilang semua yang dirasakannya itu. Jika ia mengucapkan, 'A'uudzubillaahiminasysyaithoonirrajiimi'."

Kemudian para sahabat berkata kepada orang itu, "Tidakkah engkau mendengar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw?" Orang itu menyahut, "Sesungguhnya aku bukanlah orang yang tewas."

Hadis di atas juga diriwayatkan bersama Imam Muslim, Abu Dawud, dan an-Nasa'i, melalui beberapa jalan dari al-A'masy.

Catatan:


1. Jumhurul ulama berpendapat bahwa isti'adzah itu sunnah hukumnya dan bukan suatu kewajiban, sehingga berdoa bagi orang yang meninggalkannya. Diriwayatkan dari Imam Malik, bahwasannya ia tidak membaca ta'awudz dalam mengerjakan salat wajib.
2. Dalam kitab al-Imla', Imam asy-Syafi'i mengatakan, "Dianjurkan membaca ta'awudz dengan jahr, tetapi jika dibaca dengan sirri juga tidak apa-apa." Sedangkan dalam kitab al-Umm, beliau mengatakan, diberikan pilihan, boleh membaca ta'awudz, boleh juga tidak. Dan jika orang yang memohon perlindungan itu membaca a'uudzubillaahiminasysyaithoonirrajiimi, maka cukuplah baginya.
3. Menurut Abu Hanifah dan Muhammad, ta'awudz itu dibaca di dalam salat untuk membaca Alquran. Sedangkan Abu Yususf berpendapat, bahwa ta'awudz itu justru dibaca untuk salat.

Berdasarkan hal ini, seorang makmum hendaklah membaca ta'awudz dalam salat Ied setelah takbiratul Ihram dan sebelum membaca takbir-takbir Ied. Dan menurut jumhurul ulama, ta'awudz itu dibaca setelah takbir sebelum membaca Al-Fatihah atau surat Alquran.

Di antara manfaat ta'awudz adalah untuk menyucikan dan mengharumkan mulut dari kata-kata yang tidak mengandung faedah dan buruk. Ta'awudz ini digunakan untuk membaca firman-firman Allah. Artinya, memohon pertolongan kepada Allah sekaligus memberikan pengakuan atas kekuasann-Nya, kelemahan sebagai hamba, dan ketidakberdayaannya dalam melawan musuh yang sesungguhnya (setan), yang bersifat batiniyah, yang tidak ada orang yang mampu menolak dan mengusirnya kecuali Allah yang telah menciptakannya.

Allah SWT berfirman yang artinya, "Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Rabbmu sebagai penjaga." (Al-Isra': 65).

Dan, para malaikan telah turun untuk memerangi musuh dari kalangan manusia. Barangsiapa yang dibunuh oleh musuh yang bersifat lahiriyah yang berasal dari kalangan manusia, maka ia meninggal sebagai syahid. Barangsiapa dibunuh oleh musuh yang bersifat batiniah, maka sebagai tharid. Dan barangsiapa yang dikalahkan oleh musuh manusia biasa, maka ia akan mendapatkan pahala, dan barangsiapa dikalahkan oleh musuh batini (setan), maka ia tertipu atau menanggung dosa. Karena, setan dapat melihat manusia, sedangkan manusia tidak dapat melihatnya, maka ia memohon perlindungan kepada Rabb yang melihat setan, sedang setan itu tidak melihat-Nya.

Al-istiti'adzah berarti permohonan kepada Allah SWT dari setiap yang jahat. Al-'iyadzah (permohonan pertolongan) dalam usaha menolak kejahatan, sedangkan al-layadzu (permohonan pertolongan) dalam upaya memperoleh kebaikan.

A'udzubillahiminasysyaithonirrajim berarti, aku memohon perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk agar ia tidak membahayakan diriku dalam urusan agama dan duniaku, atau menghalangiku untuk mengerjakan apa yang Dia perintahkan. Atau agar ia tidak menyuruhku mengerjaka apa yang Dia larang, karena setan itu tidak ada yang bisa mencegahnya untuk menggoda kecuali Allah.

Oleh karena itu, Allah SWT menyuruh manusia agar menarik dan membujuk hati setan jenis manusia dengan cara menyodorkan suatu yang baik kepadanya supaya dengan demikian dia berubah tabiatnya dari kebiasannya mengganggu orang lain. Selain itu, Allah juga memerintahkan untuk memohon perlindungan kepada-Nya dari setan jenis jin, karena dia tidak menerima pemberian dan tidak dapat dipengaruhi dengan kebaikan, sebab tabiatnya jahat dan tidak ada yang dapat mencegahnya dari dirimu kecuali Rabb yang menciptakannya.

Inilah makna yang terkandung dalam tiga ayat Alquran. Pertama, firman-Nya dalam surat Al-A'raf ayat 199 yang artinya, "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan kebaikan dan berpaling dari orang-orang yang bodoh."

Makna di atas berkenaan dengan muamalah terhadap musuh dari kalangan manusia.

Kemudian, Allah SWT berfirman yang artinya, "Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-A'raf: 200). Berlindung kepada allah maksudnya adalah membaca a'udzubillahiminasysyaithonirrajim.

Dalam surat Al-Mukminun Allah SWT berfirman yang artinya, "Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan. Dan katakanlah: 'Ya Rabb-ku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan setan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Rabb-ku, dari kedatangan mereka kepadaku." (Al-Mukminun: 96 -- 98).

Dan dalam surat Fushshilat ayat 34 -- 36 Allah SWT berfirman yang artinya, "Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar. Dan jika setan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Dalam bahasa Arab, kata syaitan(setan) berasal dari kata syathan, berarti jauh. Jadi, syaitan itu tabiatnya jauh dari tabiat manusia, dan dengan kefasikannya dia sangat jauh dari segala macam kebaikan.

Ada juga yang mengatakan bahwa kata syaitan itu berasal dari kata syata (terbakar), karena ia diciptakan dari api. Dan ada juga yang mengatakan bahwa kedua makna tersebut benar, tetapi makna pertama yang lebih benar.

Menurut Sibawaih, bangsa Arab bisa mengatakan tasyaithana fulan, jika fulan itu berbuat seperti perbuatan setan. Jika katasyaitan itu berasal dari kata syatha, tentu mereka mengatakan tasyaith yang berarti jauh. Oleh karena itu, mereka menyebut syaithan untuk setiap pendurhaka, baik jin, manusia, maupun hewan. Berkenaan dengan hal itu Allah berfirman yang artinya, "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tia nabi itu musuh, yaitu setan-setan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebagian mereka membisikkan kepada sebagian yang lain perkataan-perkataan yang ndah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Rabbmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkan mereka dan apa yang mereka ada-adakan." (Al-An'am: 112).

Dalam buku Musnad Imam Ahmad, disebutkan hadis dari Abu Dzar ra, Rasulullah saw bersabda yang artinya, "Wahai Abu Dzar, mohonlah engkau kepada Allah perlindungan dari setan-setan dari jenis manusia dan jin." Lalu kutanyakan, "Apakah ada setan dari jenis manusia?" "Ya," jawab beliau.

Dalam sahih Muslim diriwayatkan dari Abu Dzar, katanya, Rasulullah saw bersabda, "Yang memotong salat itu adalah wanita, keledai, dan anjing hitam." Kemudian kutanyakan, "Ya Rasulullah, mengapa anjing hitam dan bukan anjing merah atau kuning?" Beliau menjawab, "Anjing hitam itu adalah setan."

Ar-rojim adalah berwazan fa'il (subjek), tetapi bermakna maf'ul (objek) berarti bahwa setan itu terkutuk dan terusir dari semua kebaikan, sebagaimana firman Allah SWT yang artinya, "Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar setan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala." (Al-Mulk: 5).

Sumber: Terjemahan Lubabut Tafsir Min Ibnu Katsir (Tafsir Ibnu Katsir), Tim Pustaka Imam as-Syafi'i

Dicatat oleh Rosli al-Looneeqy Selasa, 2009 Oktober 27 0 ulasan

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

4. Berakhlaq Mulia
Wanita yang berakhlaq mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

5. Reda Dengan Apa yang Dia Ada
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

6. Bersopan satun
.:: - Senantiasa memaniskan wajah
.:: - Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: - Menutup aurat
.:: - Ramah dan mesra
.:: - Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain

Ingat!!!

Dunia ini milik Allah dan hanya pada-Nyalah kita menyembah...

Hanya sekadar tazkirah, Renung2kan dan Selamat Beramal!

Dicatat oleh ANN Isnin, 2009 Oktober 26 0 ulasan

1.1 PENDAHULUAN

Perkahwinan itu adalah penting. Ia bukan sekadar galakan dalam hidup tetapi sunnah Rasulullah S.A.W. Jangankan wanita biasa, wanita solehah dan isteri-isteri nabi pun terasa sunyi tanpa lelaki. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan wanita akan resah dan kesepian. Kepada lelaki wanita memanggil ayahku, suamiku atau anakku. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki (Khairunnisa Ghazali 2000: 1). Begitulah Allah memulakan kehidupan seorang wanita yang bertujuan untuk melengkapi kehidupan di dunia ini bagi seorang lelaki.

Keadaan ini merupakan suatu fitrah semulajadi yang diciptakan oleh Allah untuk setiap hamba-Nya agar dapat mengekalkan umat manusia dan meramaikannya bagi mengatur urusan hidup di dunia ini. Ini dijelaskan oleh firman Allah:

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya, (isterinya-Hawa) dan juga yang membiakkan daripada keduanya-zuriat keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kamu kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.
(al-Nisa’ 4: 1)

Menurut ahli tafsir, bahawa diri yang satu adalah Adam a.s dan isterinya Hawa yang daripada keduanya berkembanglah semua manusia di atas dunia, baik yang hitam mahupun kulit putih. Tetapi menurut fahaman ayat ini iaitu daripada keduanya berkembanglah lelaki dan perempuan yang ramai (Mahmud Yunus 2007: 104).

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Masalah lambat berkahwin di kalangan wanita berkerjaya di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana menyebabkan perkahwinan pada usia muda telah berkurangan. Sebagai bukti, pada tahun 1956 wanita yang berkahwin pada usia 15-19 tahun lebih kurang 97 peratus dan ia menurun 6 peratus pada tahun 1988. Peratus ini berkemungkinan akan terus menurun pada dekad ini kerana negara semakin maju dan kehidupan semakin canggih (jendelahikmah05.blokspot.com). Keadaan ini dapat dilihat melalui Perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000 dan statistik umur minimum perkahwinan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Pada tahun 1980, umur minimum bagi seorang wanita berkahwin ialah 23.5 tahun, telah meningkat pada tahun 1991 iaitu 24.7 tahun dan semakin meningkat lagi pada tahun 2000 iaitu 25 tahun (Banci Penduduk 2000 Jabatan Perangkaan Malaysia). Oleh itu seorang wanita yang sudah mencapai umur 27 tahun tetapi masih belum menemui jodoh akan dianggap sudah terlewat untuk berkahwin (Haslina Hassan & Ann Wan Seng 1995: 1).

Fenomena lambat berkahwin dalam kalangan wanita ini bertambah serius apabila mereka dilibatkan dalam pembangunan negara. Tahun Wanita Antarabangsa yang diisytiharkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1975 misalnya, telah membuka suatu lembaran baru kepada sejarah peranan wanita dalam pembangunan negara. Pengisytiharan tersebut mendorong kaum wanita mengambil tindakan yang dinamik dan tuntas dalam usaha meningkatkan taraf wanita (Rahmah Ismail & Zaini Mahbar 1996:13).

Menyentuh mengenai wanita lambat berkahwin, pelbagai andaian telah diberikan. Sesetengah masyarakat mengatakan, mereka lambat berkahwin disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah terlalu memilih, masih belum bersedia kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi dan belum dipertemukan jodoh. Antara golongan wanita yang lambat berkahwin ini adalah wanita-wanita yang berkerjaya, intelek dan mempunyai status yang tinggi seperti ketua di pejabat, pegawai eksekutif, peguam, doktor dan lain-lain. Persoalan yang ditimbulkan di sini ialah, adakah latar belakang wanita tersebut yang menjadi faktor pendorong kepada mereka lambat berkahwin?

Dalam kajian ini, penulis berpendapat bahawa wanita yang lambat berkahwin boleh menimbulkan pelbagai masalah yang bukan sahaja melibatkan masalah peribadi, bahkan boleh menimbulkan masalah dalam masyarakat khususnya masyarakat Islam. Permasalahan tersebut perlu dicari dan cuba diselesaikan jika mampu. Justeru itu, kajian ini cuba menganalisis dan mengkaji strategi adaptasi dari sudut Islam yang patut diambil oleh wanita terlibat untuk mengatasi masalah tersebut.

1.3 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

1.3.1 Persampelan kajian

Persampelan kajian dipilih dengan menggunakan kaedah ‘snowball sampling’, di mana penelitian kajian hanya dijalankan ke atas seramai 40 orang wanita yang dikenali, mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk kajian, dikenal pasti dan ditemubual. Sebanyak 80 borang telah diberikan kepada setiap bahagian lokasi yang dipilih iaitu sebanyak 20 borang setiap bahagian. Daripada 80 borang tersebut hanya 40 sahaja yang dikembalikan. Ini bermakna hanya seramai 40 orang responden telah terlibat dengan soal selidik ini. Mereka terdiri daripada kakitangan wanita yang berumur 27 tahun ke atas yang masih belum berkahwin dan berasal daripada pelbagai latar belakang umur, pendidikan, jawatan dan keluarga. Mereka terdiri daripada kalangan wanita yang berkerja yang berusia pada tahap umur 27 tahun ke atas dan tidak pernah berkahwin.

1.3.2 Lokasi Kajian

Tempat kajian ialah di empat Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya iaitu Bahagian Matrikulasi, Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Biasiswa dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Rasionalnya kementerian ini dipilih, kerana kebiasaannya bidang pendidikan diterokai oleh kaum wanita. Pengalaman semasa berkhidmat dalam bidang pendidikan juga mendapati bahawa ramai dalam kakitangan wanita di tempat kajian yang masih belum berkahwin. Selain itu, sejarah menyaksikan bahawa, kementerian ini adalah satu-satunya kementerian yang pernah mempunyai pengarah wanita yang tidak berkahwin sehingga beliau bersara. Berdasarkan faktor-faktor tersebut, maka kajian ini dirasakan sesuai dijalankan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Sesuai dengan kedudukan lokasi sebagai pusat beroperasi secara umumnya, maka Putrajaya adalah sasarannya terutama empat buah jabatan yang dipilih. Walaupun kajian ini hanya tertumpu kepada wanita berkerjaya yang bertugas di Kementerian Pelajaran di Putrajaya dan tidak boleh menggambarkan keseluruhan wanita di Malaysia, namun hasil dapatannya cukup untuk memberikan gambaran yang umum tentang masalah tersebut.

1.3.3 Batasan Kajian

Kajian hanya ditumpukan kepada faktor-faktor yang menyebabkan wanita Melayu berkerjaya lambat berkahwin, masalah yang dihadapi dan cara penyelesaian masalah tersebut dari sudut Islam. Tempoh kajian dijalankan adalah sepanjang semester ke 2 pengajian sesi 2007/2008.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ialah untuk:

a) Mengenal pasti faktor dan masalah wanita berkerjaya lambat berkahwin di Kementerian Pelajaran Malaysia.
b) Menganalisis faktor dan masalah wanita berkerjaya lambat berkahwin di Kementerian Pelajaran Malaysia.
c) Mengenengahkan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh wanita lambat berkahwin dari sudut Islam.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk memperkayakan khazanah ilmu dengan memberi gambaran kepada masyarakat terhadap masalah dan konflik jiwa yang dihadapi oleh wanita berkerjaya yang lambat berkahwin. Tanggapan negatif terhadap mereka harus dihentikan kerana jodoh pertemuan, rezeki, ajal dan maut itu telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Selain itu, kajian ini dianggap penting kerana tidak dijumpai kajian sebelum ini yang membincangkan secara khusus mengenai wanita berkerjaya lambat berkahwin di Kementerian Pelajaran Malaysia dari perspektif Islam. Jika adapun, kajian mengenainya dibuat secara umum sahaja. Sebagaimana kajian yang pernah dibuat oleh Haslina Hj Hassan dan Ann Wan Seng (1995) dalam buku mereka yang bertajuk Wanita dan perkahwinan, yang menyentuh mengenai konsep andartu, yang dibuat berdasarkan pernyataan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis pada tahun 1992, yang mendapati bahawa seramai 60,000 wanita Islam belum berkahwin. Walaupun penulis buku ini cuba menyatakan jalan penyelesaian terhadap fenomena tersebut, tetapi ia masih tidak dapat mengatasi permasalahan yang berlaku, kerana penulisan tersebut lebih kepada tips mencari jodoh secara umum. Melalui kajian ini, kelemahan tersebut dapat diperbaiki melalui penyelesaian yang cuba diperincikan berdasarkan pandangan Islam dari segi pendidikan jiwa. Jiwa wanita terlibat yang dalam keadaan dilema perlu dibajai dengan benih iman. Oleh itu kajian ini cuba menggarapkan beberapa cara penyelesaian masalah dari perspektif Islam dengan membawa pembaca kepada Islam sebagai jalan penyelesaian jika menghadapi sebarang masalah.

1.6 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini dibahagikan kepada dua cara iaitu:

1.6.1 Kajian Kepustakaan

Melalui kajian ini, bahan-bahan sekunder yang berkaitan dengan wanita berkerjaya lambat berkahwin diperolehi melalui dokumen-dokumen bertulis seperti tesis-tesis, buku-buku dan jurnal-jurnal yang berkaitan. Selain itu, sumber sekunder ini juga merujuk kepada bahan-bahan yang diperolehi melalui internet, majalah-majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan lain.

Sebahagian besar data dikumpul dari pelbagai perpustakaan seperti Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM, Perpustakaan Fakulti Islam UKM dan Perpustakaan Zaaba UM, Kuala Lumpur. Kesemua data yang dikumpul digunakan untuk memenuhi keperluan objektif kajian serta menjadi sumber untuk mengukuhkan perbincangan hasil kajian yang diperolehi daripada analisis soal selidik.

1.6.2 Kajian Lapangan

Kajian Lapangan akan melibatkan pencarian data-data primer. Dalam kajian lapangan, penulis telah memilih kaedah kuantitatif deskriptif dengan menggunakan instrumen soal selidik, temubual dan pemerhatian sebagai pengukur.
a) Soal selidik

Soal selidik digunakan untuk mengukur dan mendapatkan maklumat latar belakang dan persepsi responden secara langsung. Melalui kaedah ini, penulis menemui responden secara interpersonal di tempat kerja mereka. Sehubungan itu penulis telah menyediakan sebanyak 80 borang soal selidik. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen dan diberikan kepada responden di lokasi kajian. Borang tersebut mengandungi 45 soalan yang bersifat tertutup dan terbuka. Ia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: Bahagian A maklumat peribadi atau biodata responden, Bahagian B faktor-faktor lambat berkahwin dan Bahagian C mengenai masalah atau tekanan yang dihadapi oleh responden akibat lambat berkahwin. Semua data yang diperolehi daripada soal selidik akan dianalisis menggunakan pakej Statistik untuk Sains Sosial Versi 12.0 (SPSS Version 12.0). Analisis akan dihuraikan dalam bentuk peratusan, carta dan jadual.

b) Temu bual

Metod ini digunakan untuk mendapatkan maklumat berbentuk pandangan daripada responden. Temubual adalah suatu kaedah secara langsung untuk mendapatkan maklumat berbentuk pandangan daripada responden. Dalam konteks ini berlaku hubungan dua hala atau face to face antara pengkaji dengan responden (Ahmad Sunawari Long 2006: 62). Beberapa orang individu yang terdiri daripada responden sendiri dan beberapa orang kaunselor ditemubual untuk mendapatkan maklumat dan pandangan mengenai cara penyelesaian masalah yang dihadapi oleh wanita yang lambat berkahwin. Melalui temubual ini secara tidak langsung memudahkan penulis untuk mendapatkan gambaran awal tentang masalah yang dihadapi oleh responden. Keadaan ini juga membolehkan penulis membuat kesimpulan tentang masalah yang dihadapi oleh responden melalui perbandingan jawapan soal selidik ke atas responden dengan jawapan temubual tersebut.

a) Pemerhatian

Pemerhatian atau observasi adalah suatu kaedah pemerhatian secara langsung, sama ada secara terkawal atau tidak terhadap tingkah laku atau tindakan fizikal responden. Teknik ini digunakan untuk memerhati pelbagai fenomena seperti tindakan fizikal, tingkah laku verbal dan gambaran zahir (Ahmad Sunawari Long 2006: 52). Penulis menemui sendiri responden di tempat kerja untuk mendapatkan maklumat. Apatah lagi responden adalah kumpulan yang tidak asing bagi penulis kerana penulis kerap berurusan dengan agensi yang dipilih dalam kajian ini. Kekerapan dan pengalaman ketika berurusan memberi peluang kepada penulis untuk membuat kesimpulan dan tafsiran dengan tepat serta meneroka isu secara mendalam.

1.7 KAJIAN LEPAS

Untuk mendapatkan gambaran awal kajian, penulis telah membuat pengkajian terhadap beberapa penulisan terdahulu yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dipilih. Secara rawaknya penulis telah menjumpai beberapa buah buku, tesis, kertas kerja seminar dan artikel yang sedikit sebanyak menyentuh tentang tajuk secara tidak langsung.

Haslina Hj Hassan & Ann Wan Seng (1995) dalam buku mereka Wanita dan perkahwinan, menyentuh tentang konsep andartu, yang dibuat berdasarkan kajian yang bertitik tolak daripada pernyataan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis pada tahun 1992, bahawa 60,000 wanita Islam belum berkahwin. Buku ini membincangkan tentang beberapa aspek kehidupan yang menyebabkan wanita lewat berkahwin. Di samping itu, buku ini juga turut menyatakan tanggapan dan pemahaman masyarakat terhadap fenomena tersebut. Daripada buku tersebut, didapati bahawa masyarakat telah memberikan persepsi yang buruk terhadap wanita yang lambat berkahwin. Wanita tersebut telah dengan terang-terang dilabelkan sebagai andartu, yang boleh menimbulkan konflik jiwa kepada mereka. Walaupun penulis cuba menyatakan jalan penyelesaian terhadap fenomena tersebut, tetapi masih tidak dapat mengubati hati dan perasaan mereka kerana lebih kepada tips mencari jodoh secara umum. Melalui kajian ini, kelemahan tersebut dapat diperbaiki melalui penyelesaian yang cuba diperincikan berdasarkan pandangan Islam dari segi pendidikan jiwa. Jiwa wanita terlibat yang dalam keadaan dilema perlu dibajai dengan benih iman. Oleh itu kajian ini juga menggarapkan beberapa cara penyelesaian masalah dari perspektif Islam dengan membawa pembaca kepada agama Islam sebagai jalan penyelesaian.

Fauziah Mohamed (1996) dalam bukunya yang berjudul Andartu: Penyelesaian menurut pandangan Islam, menyebut tentang perkahwinan masa kini yang seolah-olah suatu perkara yang membebankan sehingga menyebabkan masalah andartu. Menurut penulis, hal ini berlaku apabila pelaksanaan perkahwinan itu sendiri yang tidak mengikut panduan syariat Islam. Budaya belanja kahwin sampai beribu ringgit, mementingkan status, pendidikan, harta, pangkat dan darjat bakal menantu menyebabkan kaum lelaki berfikir berkali-kali sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Oleh itu, penulis telah menghuraikan secara terperinci kaedah dan cara untuk setidak-tidaknya mengurangkan masalah andartu dan perkara yang berkaitan dengannya. Akan tetapi, jika dilihat cara penyelesaian yang dihuraikan dalam buku ini adalah lebih difokuskan kepada galakan perkahwinan sahaja. Walaupun buku ini tidak langsung menyentuh soal jiwa wanita terlibat tetapi ia banyak membantu kejayaan kajian ini dari segi penyelesaian masalah lambat berkahwin itu sendiri. Buku ini telah menerbitkan banyak idea tentang bagaimana cara menyelesaikan masalah seorang wanita yang lambat berkahwin.

Nik Safiah Karim (1982) dalam bukunya yang berjudul Wanita Malaysia menyebut tentang wanita Malaysia masa kini. Lima puluh tahun dahulu tempat wanita ialah di dapur. Mereka tidak dihantar ke sekolah dan jarang dilibatkan dalam membuat keputusan asas. Kini, keadaan ini telah berubah dengan adanya keterbukaan peluang untuk mendapatkan pelajaran dan kebebasan memberikan pendapat ke arah pembangunan negara. Penyertaan kaum wanita dalam arus pembangunan negara dapat dilihat dengan jelas dalam semua aspek kehidupan seperti pelajaran, politik, kesihatan, keselamatan dan lain-lain. Oleh itu, dalam buku ini terdapat kumpulan karangan yang cuba memberikan gambaran tentang wanita di Malaysia hari ini. Karangan-karangan tersebut adalah merupakan kertas kerja dan ceramah-ceramah yang telah disampaikan dalam jangka masa 13 tahun iaitu dari tahun 1968 hingga 1981. Ada di antara karangan tersebut menyentuh tentang kehidupan wanita dari soal latar belakang dan kedudukan sehinggalah kepada soal-soal mengenai pelajaran, kepimpinan, hak dan tanggungjawab dan sebagainya. Dapatan daripada penulisan buku ini, sangat memberikan impak kepada kejayaan penulisan disertasi ini. Kajian ini cuba menggabungkan intipati yang ada dalam buku tersebut dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman kaji selidik melalui responden yang terpilih

Andek Masnah Andek Kelawa (2001), dalam bukunya yang bertajuk Kepimpinan wanita dalam Islam, kedudukannya dalam Syariah, menceritakan tentang penglibatan wanita Melayu khususnya dalam pembangunan masyarakat. Kajian akan menjadikan buku ini sebagai panduan dalam menyatakan syarat-syarat penglibatan wanita Islam dalam kerjaya dari segi hukum syarak. Buku ini juga ada menggariskan tentang hak wanita berbanding hak lelaki. Walaupun Islam telah mengiktiraf wanita sebagai manusia dinamik, memiliki kemuliaan, keahlian dan kemanusiaan sama seperti lelaki namun tidaklah sampai melebihi hak lelaki. Penulisan buku ini telah banyak mencetuskan idea tentang wanita dalam penyediaan disertasi ini.

Khairunnisa Ghazali (2002) dalam bukunya yang bertajuk Hikmah kejadian wanita menceritakan tentang hikmah kejadian wanita dan hikmah perbezaannya dengan kejadian lelaki. Allah menjadikan sesuatu itu penuh dengan hikmah dan rahsia tertentu yang manusia sendiri tidak tahu. Dalam buku ini penulis menghuraikan tentang hikmah tersebut di mana Allah menjadikan wanita itu sesuai dengan fitrahnya yang semulajadi iaitu lemah lembut, menyayangi dan ingin disayangi. Walaupun penulis buku ini banyak menceritakan tentang keistimewaan wanita tetapi hanya wanita yang telah berkahwin. Penulis buku ini menggambarkan seolah-olah wanita yang belum berkahwin langsung tidak layak untuk menerima keistimewaan tersebut. Daripada kekurangan tersebut, kajian disertasi cuba menggabungkan keistimewaan tersebut dengan wanita yang belum atau lambat berkahwin. Kajian ini cuba membetulkan fakta tersebut agar masyarakat tidak memandang serong atau memberikan persepsi yang negatif terhadap wanita yang belum dan lambat berkahwin.

Tidak semestinya keistimewaan tersebut hanya dimiliki oleh seorang wanita yang telah bergelar isteri sahaja, wanita yang belum berkahwin pun berhak mendapatkannya. Sesuai dengan agama Islam itu sebagai agama yang universal lagi adil, tidak pernah membezakan seseorang melalui status yang dimiliki. Islam memandang semua manusia itu sama sahaja kecuali yang membezakannya adalah iman dan takwa, bukannya isteri, janda, balu atau andartu.

Baterah Alias & Che Zarrina Sa’ari (2006) melalui buku mereka Islam dan emansipasi wanita membincangkan tentang kebebasan wanita secara lebih mendalam. Sememangnya buku ini banyak membincangkan tentang wanita tetapi hanya lebih kepada perkara yang berkaitan dengan hak. Begitu juga, walaupun buku ini ditulis berdasarkan latar belakang masalah wanita dengan isu pembebasan dalam pelbagai bidang yang hanya memfokuskan kepada gerakan feminisme menuntut hak sama rata dengan lelaki, tetapi ia banyak membantu penulis kajian mencari idea baru yang boleh digunakan bagi memperbaiki status wanita dalam masyarakat. Melalui buku ini juga, dapat difikirkan bagaimana mengembangkan usaha untuk memperbetulkan tanggapan wanita intelek yang menentang beberapa perkara berkaitan dengan hukum Allah.

Rozi Bainon (1999) dalam bukunya Wanita, penghapusan diskriminasi dari perspektif Islam dan Undang-undang Malaysia mengkaji tentang wanita menurut Islam dan Undang-undang Malaysia. Buku ini lebih memfokuskan kepada diskriminasi terhadap wanita. Perbincangan isu dalam buku ini tidak menyentuh langsung tentang hak dan kedudukan wanita. Melihat kepada hal ini, penulis kajian merasa perlu kajian ini ditulis bagi membahaskan kedudukan dan hak wanita menurut pandangan Islam. Wanita itu bukan lagi barang dagangan dan pemuas hawa nafsu seperti sebelum kedatangan Islam. Wanita juga ada haknya dan untuk memahami hak tersebut di samping mengenali mereka, kajian ini perlu dilakukan.

Jawiah Dakir (1996) dalam jurnalnya yang berjudul Asas pembentukan keluarga menurut perspektif al-Quran dan al-Sunnah, menyentuh tentang asas pembentukan keluarga sebelum perkahwinan. Beliau membincangkan tentang anjuran Islam supaya mengenalpasti sifat fizikal dalam memilih pasangan. Beberapa saranan terhadap tips mencari jodoh menurut perspektif Islam telah dihuraikan. Penulisan jurnal ini memberikan gambaran kepada penulis kajian dalam mengemukakan jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh wanita Melayu berkerjaya lambat berkahwin. Jurnal ini juga telah membolehkan penulis kajian mendapatkan maklumat tentang hikmah sebuah perkahwinan dalam Islam dan seterusnya mengaitkan dengan bagaimana cara penyelesaian masalah yang dihadapi oleh golongan wanita lambat kahwin melalui pendidikan jiwa Islam.

Afifah Eskanin (2004) dalam kajiannya yang bertajuk Penglibatan wanita Islam di dalam tenaga kerja di Daerah Johor Bahru dan Batu Pahat: Permasalahan dan kesannya membicarakan tentang situasi yang membolehkan wanita berkerja, syarat serta nafkah isteri berkerja menurut perspektif Islam. Penulis juga cuma membincangkan tentang peranan wanita Islam dalam sektor pekerjaan di Malaysia dan permasalahan yang dihadapi oleh wanita yang berkerja. Antara permasalahan yang dikemukakan tidak ada satu pun yang membincangkan tentang masalah wanita lambat berkahwin yang boleh memberi kesan terhadap kerjaya. Namun begitu, melalui pemerhatian yang dibuat, wanita lambat berkahwin juga menghadapi masalah dalam kerjaya. Oleh yang demikian, kajian ini cuba memuatkan tentang wanita yang berkerjaya, sebenarnya bukan sahaja menghadapi masalah dalam kerjaya tersebut, tetapi juga masalah yang lahir dalam diri wanita itu sendiri kesan daripada lambat berkahwin.

Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar (2002), dalam tesisnya yang bertajuk Kedudukan wanita menurut Fiqh dan Undang-undang Malaysia, membahaskan mengenai kedudukan wanita dalam pelbagai bidang kehidupan termasuk kekeluargaan, sosial dan politik. Tidak ketinggalan juga penulis telah menceritakan tentang kejadian wanita menurut al-Quran dan memberikan gambaran yang jelas tentang peranan wanita itu sendiri. Melalui penulisan ini, kajian ini telah mendapati bahawa betapa wanita itu dimuliakan dan mereka mempunyai peranan yang cukup besar dalam pembangunan insan. Oleh itu penulisan tersebut banyak membantu dalam kajian disertasi ini khususnya berkenaan dengan konsep wanita dalam Islam.

Siti Rohana Mat Saari (1993) dalam projek ilmiahnya yang bertajuk Kahwin lambat: Budaya generasi kini, punca permasalahan dan implikasinya, jalan penyelesaian menurut perspektif Islam menyentuh tentang isu dan implikasi wanita yang lambat berkahwin. Dua punca terbesar wanita lambat berkahwin iaitu faktor dalaman seperti terlalu memilih, tanggungjawab kepada keluarga dan sebagainya manakala faktor luaran seperti pendidikan, ekonomi dan kebebasan. Penulis juga ada membincangkan tentang implikasi lambat berkahwin dari semua sudut termasuk kesihatan, agama, sosial dan psikologi. Dalam penulisan projek ilmiah ini hanya diutarakan jalan penyelesaian terhadap masalah berkahwin lambat bukan penyelesaian masalah yang dihadapi disebabkan oleh berkahwin lambat. Justeru itulah, melalui kajian disertasi ini penulis kajian cuba menganalisis masalah yang dihadapi oleh wanita terlibat dan mengenengahkan jalan ke arah penyelesaiannya melalui pendidikan jiwa Islam.

Selain dari itu, Hidayatul Faizeen Mat Ghani (2005) dalam kajiannya yang bertajuk Punca wanita berkerjaya kahwin lambat dan implikasinya menceritakan tentang punca-punca lambat kahwin seperti terlalu memilih, faktor pendidikan dan kerjaya, menyerah kepada takdir tanpa berusaha, tiada persediaan dan mahar terlalu tinggi. Beliau juga hanya membincangkan implikasi terhadap wanita yang lambat berkahwin seperti tahap kesuburan dan tahap seks menurun, psikologi, kesan kepada bayi dan masyarakat. Dalam kajian tersebut beliau langsung tidak menyebutkan tentang bagaimana cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh wanita yang lambat berkahwin. Melalui kajian disertasi ini diharapkan dapat memantapkan lagi kajian tersebut yang dilihat dari dua sudut iaitu sudut sains dan Islam.



1.8 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah wanita berkerjaya yang lambat berkahwin dan cara mengatasinya dari sudut Islam. Wanita berkahwin lambat atau tidak berkahwin langsung bukan lagi perkara baru dalam masyarakat kita. Wanita adalah tiang negara, bila ia baik, maka baiklah negara dan bila ia rosak, maka rosak pula negara. Sikap sesetengah orang dan masyarakat yang melabelkan wanita yang lanjut usia, tetapi masih bujang dengan pelbagai ungkapan seperti andartu (anak dara tua) dan andalusia (anak dara lanjut usia), di samping cemuhan lain, yang boleh membebankan minda dan jiwa mereka, hendaklah diberhentikan. Masyarakat hendaklah prihatin dengan nasib golongan ini. Golongan ini perlu dibantu dan dibimbing dengan mencari suatu jalan penyelesaian agar masalah yang dihadapi tidak berterusan selaras dengan perkembangan zaman dan cara hidup masa kini.

Dicatat oleh ANN 2 ulasan

Perintah Bertudung !



Hadis 1.
Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.: "Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."


Hadis 2.
Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya: "Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka." Lihat tentang tafsiran dua ayat dan dua hadis di atas dalam Muhd Ali al- Sabuni, Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, (percetakan Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)


Hadis 3.
Hadis yang tidak berapa sahih tentang tafsiran"perhiasan tubuh yang zahir" itu ialah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada ‘Aishah r.a.: Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: "Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini" (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).

Dicatat oleh ANN 0 ulasan

video

Dicatat oleh Rosli al-Looneeqy 0 ulasan

Subscribe here