BismilLaahir-Rahmaanir-Rahiim.
Segala pujian bagi Allah, rabb semesta alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia RasululLaah s.a.w.

Firman Allah Ta'aalaa:
Mereka (para malaikat) berkata: "Maha suci Engkau (Ya Allah), tiada sedikitpun ilmu bagi kami melainkan apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi yang Maha Mempunyai Hikmah." (Al-Baqarah 2: 32)

Jika para malaikat yang Allah ciptakan dengan kejadian yang lebih mulia daripada manusia mengakui, ilmu yang ada pada mereka hanyalah apa yang diajarkan Allah kepada mereka, tidak lebih daripada itu, apatah lagi manusia yang kejadiannya lemah (Al-Nisaa` 4: 28). Manusia asalnya tidak tahu sedikit apapun, tetapi atas kurnia dan rahmat Allah, manusia diajar oleh Allah apa-apa yang tidak diketahuinya ( Al-'Alaq 96: 5)

Tiada siapapun, sama ada dari kalangan manusia maupun selain mereka yang dapat mencapai ilmu Allah sedikitpun, melainkan siapa yang dikehendaki Nya.

Ilmu yang dicurahkan kepada kita tidak lebih daripada setitis air laut yang melekat di hujung jarum jika dibandingkan dengan luasnya lautan.

Oleh sebab itu wahai manusia, janganlah kita sombong dan bongkak dengan ilmu yang ada pada kita. Di kalangan kita sampai sanggup mendabik dada mampu dengan mudah untuk menelanjangkan orang lain yang tidak mempunyai kefahaman yang sama dengan kita.

Di kalangan kita, bila ada kesempatan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang ada, dia menyampaikan sesuatu yang berdasarkan satu sumber sahaja, yang berlainan dengan amalan manusia biasa yang juga sah di sisi agama, semata-mata nak menunjukkan yang dia mempunyai ilmu yang lebih dari orang lain. Dan dia mendakwa, itu lah yang paling benar, dan orang lain salah.

Ketahuilah, sesungguhnya ilmu Allah itu luas, perbezaan dalam masalah ranting itu tidak dapat dielakkan, sebagaimana perbezaan pendapat imam-imam mazhab yang empat, atau lima, atau lapan itu. Dan masing-masing imam itu tidak mendabik dada sehingga mengatakan pendapat dialah shaja yang benar dan orang lain salah dan tidak pula mendakwa yang dia dapat mengalahkan dan menelanjangkan kesalahan dan pendapat yang lain.

Mereka adalah imam yang mursyid, diberi petunjuk oleh Allah... pun beradab sedemikian rupa.... Siapalah kita pula yang hanya berpegang dengan satu2 pendapat dan berpegang dengan satu2 hadis sahih sahaja, sanggup ingin berlawan ilmu dengan orang lain...

Ya Allah, jauhkan kami daripada orang yang takabbur dengan ilmunya dan jauhkan orang itu daripada kami... Aamiiiin Ya Rabbal `Aalamiiiiiinnn..

Wa `ilalLaaaahi turja'ul-`umuur.
(Kepada Allah lah dikembalikan segala urusan)

Dicatat oleh Rosli al-Looneeqy Ahad, 14 Mac 2010

0 ulasan

Catat Ulasan

Subscribe here