Maklumat Am Unit Pendidikan Islam dan Moral atau ringkasannya UPIM merupakan satu daripada unit subjek wajib yang terdapat dalam struktur akademik Kolej ini. Unit ini berada di bawah Jabatan Sastera Ikhtisas bersama beberapa subjek yang lain. Ia telah diujudkan sejak kolej ini mula beroperasi di awal tahun 2000. Dengan adanya subjek ini, ia dapat memenuhi keperluan pelajar dari segi akademik dan kerohanian.
Diharapkan juga dapat membantu pihak kolej mencapai visi yang digariskan terutamanya daripada aspek nilai. Matapelajaran Pendidikan Islam bermatlamat untuk melahirkan pelajar muslim yang beriman, beramal soleh, berperibadi mulia dan mempunyai persediaan untuk menyelesaikan masalah semasa.
Pendidikan moral bermatlamatkan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia dan boleh membuat keputusan yang bertanggungjawab berdasarkan nilai-nilai murni masyarakat menuju ke arah keharmonian negara dan komuniti global.
Objektif Pendidikan Islam
1.Menyampaikan pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar mengenai beberapa aspek daripada falsafah ilmu Islam, sebahagian daripada aspek aqidah, aspek syari’ah, aspek akhlak, aspek tamadun Islam isu-isu semasa.
2.Meningkatkan kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap nilai-nilai mulia dan dengan itu dapat pula mengurangkan atau mengatasi masalah akhlaq dan disiplin pelajar.
3.Memperolehi pencapaian 100% kelulusan mata pelajaran pendidikan Islam dalam setiap semester.
Objektif Pendidikan Moral
1.Memahami konsep dan kepentingan nilai dalam manusia.
2.Menyedari peranan agama dalam membentuk dan mengembangkan sistem nilai hidup yang murni.
3.Memahami konsep akhlak dan proses membentuk akhlak yang baik.
4.Memberi sebab yang munasabah berdasarkan pertimbangan moral dalam membuat sesuatu keputusan.
5.Menggunakan pertimbangan yang berlandaskan prinsip-prinsip moral sebagai panduan kehidupan seharian.
0 ulasan